Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kyrgyzstan lapor 69 kes baharu COVID-19

    BISHKEK, 1 JUN – Kyrgyzstan hari ini mengesahkan 69 kes baharu COVID-19, meningkatkan jumlahnya kepada 1,817, lapor agensi Berita Kyrgyz (Kabar).

    Timbalan Menteri Kesihatan, Nurbolot Usenbaev, semasa taklimat dalam talian berkata daripada jumlah itu 12 kes membabitkan petugas perubatan, menjadikan jumlah keseluruhan anggota kesihatan dijangkiti virus itu seramai 362 orang termasuk 252 pesakit yang sudah pulih.

    Tambah beliau, 18 jangkitan merupakan kes import, 46 kes baharu mempunyai kontak dengan pesakit manakala lima lagi tidak dapat dipastikan bagaimana mereka dijangkiti.

    Pada masa ini ada seramai 620 pesakit dirawat di hospital, lima daripadanya berada di unit rawatan rapi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda