Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kyrgyzstan lulus undang-undang utamakan bahasa Kyrgyz

    BISHKEK, 25 JUN – Parlimen Kyrgyzstan hari ini telah meluluskan undang-undang untuk memperkukuh penggunaan bahasa Kyrgyz berbanding bahasa Rusia.

    Di bawah undang-undang baharu itu, kira-kira 60 peratus kandungan siaran TV dan radio mesti disampaikan dalam bahasa Kyrgyz, nama tempat mesti ditulis dalam Kyrgyz dan tulisan Kyrgyz dalam iklan mesti lebih besar daripada tulisan Rusia.

    Kira-kira 80 peratus daripada tujuh juta penduduk Kyrgyzstan boleh bertutur dalam bahasa Rusia, yang lazim digunakan dalam komunikasi harian.

    “Jika kita bersikap tidak mengendahkan bahasa Kyrgyz, maka dalam beberapa tahun akan datang kita tidak lagi menjadi sebuah bangsa,” kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nurlanbek Turgunbek Uulu.

    Langkah itu juga sekali gus akan mewajibkan semua pegawai awam, termasuk hakim, penjawat awam, pendakwa raya dan wakil rakyat untuk fasih berbahasa Kyrgyz.

    Beberapa penggubal undang-undang menyuarakan kebimbangan kerana ramai penjawat awam tidak cukup fasih dalam bahasa Kyrgyz, yang boleh menimbulkan masalah kekurangan kakitangan dalam pentadbiran.

    Bahasa Kyrgyz dan Rusia merupakan bahasa rasmi negara tersebut. – AFP

    Gambar fail Nurlanbek Turgunbek Uulu bercakap semasa mesyuarat dua hala bersama Ketua Delegasi Parlimen, di China pada 29 oktober 2022. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda