Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    L Storm berjaya mendapat sambutan menggalakkan

    BEIJING – Filem aksi ngeri Hong Kong, ‘L Storm’ terus mendominasi carta pecah panggung di tanah besar China, lapor agensi berita Xinhua memetik  China Film News.

    Filem ketiga dalam francais Storm itu telah mengaut keuntungan sebanyak 369 juta yuan (AS$53.7 juta) sejak ia ditayangkan di tanah besar China pada 14 September lalu.

    Filem aksi domestik, ‘Golden Job’ berada di tempat kedua selepas menjana sejumlah 157 juta yuan dalam carta pecah panggung sejak ia mula ditayangkan pada 21 September.

    Sementara itu, filem penuh aksi keluaran Paramount, ‘Mission: Impossible – Fallout’, berada di tempat ketiga dengan jualan tiket bernilai hampir 1.2 bilion yuan dalam carta sama selepas menemui penonton di pawagam pada 31 Ogos. Filem China yang berkisar tentang perkembangan remaja ke alam dewasa, ‘Cry Me a Sad River’ berada di tempat keempat selepas meraih pendapatan hampir 78 juta yuan sejak ditayangkan pada 21 September.

    Berada di tempat kelima ranking teratas ialah filem jenayah domestik, ‘Ash Is Purest White,’ arahan Jia Zhangke dengan jumlah kutipan dalam carta pecah panggung sebanyak 40.9 juta yuan sejak mula ditayangkan pada 21 September. – Bernama

    Antara adegan aksi yang ditampilkan dalam filem L Storm. –Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda