Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    L200 Sportero baharu tampil bergaya, tegap

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – GHK Motors Sdn Bhd telah mengadakan Pratonton Mitsubishi L200 Sportero terbaharu di Bilik Pameran Mitsubishi, GHK Motors, Beribi, hari ini, yang dihadiri perwakilan bank tempatan, media dan orang ramai.

    Pratonton semua Mitsubishi L200 Sportero terbaharu itu juga dapat disaksikan melalui penstriman langsung di Facebook Live.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh dan Pengurus Besar Jualan Bahagian Mitsubishi, Au Thien Kiong.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Mitsubishi L200 Sportero terbaharu itu merupakan trak pikap 4WD Double-Cab yang direka bagi kelasakan daripada gril hingga pintu belakang.

    Ia merupakan generasi kelima Mitsubishi L200 Sportero dan juga dikenali sebagai Triton di pasaran antarabangsa.

    Mitsubishi L200 Sportero terbaharu mengetengahkan penampilan yang lasak dan bergaya.
    Ruang dalam Mitsubishi L200 Sportero baharu yang dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini.

    Mitsubishi L200 Sportero membawa tagline Engineered Beyond Tough yang mengetengahkan penampilannya yang tegap dan ciri-ciri berani.

    Model terbaharu ini dikuasakan enjin diesel MIVEC 2.4 liter dengan pengecas turbo dan intercooled untuk prestasi dominan dan kecekapan optimum, memberikan tork maksimum 430Nm pada 2,500 rpm dan 133kW pada hanya 3,500rpm di samping itu, ia dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan.

    L200 dilengkapi dengan fungsi 4WD Easy Select yang direka menggunakan rotary shifter yang membolehkan pemandu beralih antara mod 2WD dan 4WD yang menyesuaikan diri dengan keadaan jalan yang berubah.

    Dari segi dalaman, L200 Sportero direka dengan bentuk dinamik dan kemasan berkualiti tinggi mewujudkan ruang dalaman yang menawarkan keselesaan dan keseronokan pemanduan. Panel tengah dan konsol penyambung mempunyai susun atur yang besar, sesuai untuk trak pikap.

    Dari segi luaran, Mitsubishi L200 Sportero dibina dengan kestabilan dan daya tarikan maksimum, kerangka tegap dan badan berkontur aerodinamik menyumbang kepada pengendalian yang mantap dan prestasi lebuh raya yang stabil.

    Mitsubishi L200 Sportero sesuai dengan konsep model Mitsubishi pada Dynamic Shield Design yang terkini.

    Ia dilengkapi dengan lampu LED siang yang ditempatkan tinggi di bonet depan untuk meningkatkan penglihatan untuk kenderaan yang akan datang sementara lampu kabus depan dan belakang diletakkan pada bampar depan yang lebih rendah.

    L200 Sportero dibina dengan rim aloi 18 inci untuk memberikan pengemudian lebih tepat dan cengkaman lebih baik di jalan basah dan kering serta langkahlangkah sampingan untuk keselesaan pemandu dan penumpang.

    Bagi keselamatan, L200 Sportero mendapat skor lima bintang penuh dalam penilaian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

    Ciri-ciri keselamatan merangkumi tujuh beg udara SRS, Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dengan sistem Brakeforce Electronic Distribution (EBD), Active Stability Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA), Active Traction Control dan sebaganya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda