MADRID, 1 JUN – Musim liga Sepanyol akan bermula semula pada 11 Jun ini dengan perlawanan pembukaan antara Sevilla dan Real Betis, La Liga mengesahkan semalam.
Perlawanan pertama sejak penutupan akibat COVID-19 akan dimainkan selama empat hari, diikuti dengan perlawanan pendahulu liga Barcelona di Mallorca pada 13 Jun dan Real Madrid di halaman sendiri menentang Eibar keesokan harinya.
Jadual perlawanan berikutnya akan berlangsung pada hari Isnin, 15 Jun hingga Khamis, 18 Jun. Barcelona akan menjadi tuan rumah kepada Leganes pada 16 Jun sementara Madrid bakal bertemu menentang Valencia dua hari kemudian.
Majlis Sukan Sepanyol mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat yang mengatakan bahawa Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga telah menyetujui format untuk 11 perlawanan yang berbaki di liga Sepanyol itu. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-22-B_02062020.jpg)