Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    La Liga jual hak penyiaran bernilai AS$5.6 bilion

    MADRID, 14 DIS – Liga bola sepak terkemuka Sepanyol telah menjana AS$5.6 bilion daripada penjualan hak penyiaran domestik langganan selama lima musim.

    La Liga telah menjual hak siaran langsung perlawanan di Sepanyol kepada perkhidmatan penyiaran buat kali pertama dengan DAZN memperoleh hak untuk 175 perlawanan setiap musim. 

    Movistar milik Telefonica mempunyai hak ke atas 205 permainan lain, termasuk tiga pusingan lengkap.

    La Liga akan menghasilkan 990 juta euro setiap musim daripada pakej hak ini, peningkatan sedikit daripada 980 juta euro setahun dalam tawaran semasa. – AP

    Reaksi pemain Real Madrid meraikan gol setelah memenangi perlawanan La Liga menentang Atletico Madrid pada 12 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda