Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Labuan fokus pengurusan COVID-19

    LABUAN, 14 JAN – Labuan kini beralih untuk memberi tumpuan kepada pengurusan COVID-19 selaras dengan pulau bebas cukai itu menuju ke arah endemik.

    Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Labuan Rithuan Ismail berkata sudah tiba masa untuk bergerak ke arah pemulihan ekonomi di bawah norma baharu prosedur operasi standard (SOP).

    “Walaupun norma baharu, ia bermakna ekonomi masih boleh berkembang maju, kita mesti menumpukan perhatian kepada pengurusan COVID-19 dengan masyarakat pada tahap bersedia untuk hidup dengan COVID-19.

    “Norma baharu bukan bermakna pandemik COVID-19 sudah berakhir…sehingga ada rawatan lebih berkesan, setiap orang berisiko, oleh itu, kita perlu bersama-sama mematuhi SOP dan sedia hidup dengan COVID-19…pulau ini mesti pulih dengan cepat,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Rithuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan berkata tindak balas dasar harus memberi tumpuan kepada dua matlamat segera – langkah perlindungan kesihatan dan sokongan ekonomi pada kedua-dua bahagian permintaan dan bekalan.

    Beliau berkata tindak balas kesihatan awam terhadap COVID-19 di Labuan menggambarkan bahawa kemungkinan untuk membendung COVID-19.

    “Menguruskan COVID-19 bermakna pengasingan, kuarantin, penjarakan sosial dan langkah pembendungan komuniti mesti dilaksanakan dengan pantas, dan kita akan dapat memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi,” katanya.

    Beliau berkata ini adalah masa yang penting kerana kerajaan, perniagaan dan orang ramai terus bergelut dengan kesan sekatan pergerakan yang menjejaskan kesejahteraan ekonomi dan mata pencarian rakyat dengan yang miskin dan memerlukan paling teruk terjejas.

    “Pengimbangan amat sukar dan kompleks antara kesejahteraan ekonomi dan kesihatan awam adalah cabaran utama…ia adalah keputusan yang perlu dibuat dengan mengambil kira ekonomi tempatan.

    “Untuk menyelesaikan cabaran sosial, ekonomi dan kehidupan rakyat dihadapi hari ini, kita perlu menerima cara pemikiran baharu untuk mencapai kemajuan sebenar ke arah ekonomi lebih sihat dan makmur,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...