Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan FSA terus perkukuh asas institusi

    LABUAN, 28 April – Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) akan terus memperkukuhkan rejim pengaturan dan asas institusi itu bagi berdepan cabaran ekonomi akan datang.

    Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata Labuan FSA telah terbukti berjaya mengukuhkan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) dengan memberi penekanan terhadap usaha pencegahan pengubahan wang haram dan memerangi keganasan (AML/CFT), sejajar peningkatan usaha global untuk meningkatkan ketelusan dan peraturan anti-pengubahan wang haram yang lebih ketat.

    Ini termasuk memperkenalkan dasar pengawalseliaan untuk memperkukuh kemampuan kewangan, meningkatkan tahap pendedahan dan ketelusan serta menggalakkan tadbir urus korporat serta amalan pasaran yang sewajarnya.

    “Malah, satu unit dasar dan penyeliaan AML/CFT yang komited turut ditubuhkan bagi memastikan tahap kewaspadaan lebih tinggi dan menepati tahap global.

    “Pihak berkuasa juga terbabit secara aktif dalam usaha memantapkan Penilaian Risiko AML/CFT  Kebangsaan,” katanya pada majlis pembentangan dan taklimat Laporan Tahunan Labuan FSA 2016 di sini, hari ini.

    Datuk Muhammad Ibrahim (kiri) menyampaikan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016 kepada Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin kelmarin. – Bernama
    Datuk Muhammad Ibrahim (kiri) menyampaikan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016 kepada Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin kelmarin. – Bernama

    Muhammad turut memaklumkan, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016, Kumpulan Labuan FSA mencatat perolehan operasi sebanyak RM59.9 juta berbanding RM56.1 juta pada 2015 manakala rizabnya turut meningkat kepada RM67.5 juta pada 2016 daripada RM64.3 juta, sebelum ini.

    Menurutnya, usaha amalan siasatan serta penguatkuasaan juga akan dipertingkatkan bagi menjamin integriti pasaran terus dilindungi.

    “Malah, usaha itu menyaksikan pengurangan sebanyak 25.5 peratus bagi kes-kes bukan pematuhan dalam AML/CFT pada 2016,” katanya.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda