Labuan IBFC kekalkan strategi hubungkan ekonomi asia

LABUAN, 20 OKT – Pusat Perniagaan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) akan terus mengekalkan strateginya sebagai penghubung ekonomi Asia dengan memanfaatkan kedudukan wilayah itu.

Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Danial Mah Abdullah berkata ini juga selaras dengan inisiatif Belanjawan 2020 yang menggalakkan aliran masuk pelaburan dari China.

“Langkah ini juga seiring dengan Strategi China di peringkat Labuan IBFC berikutan struktur pusat ini dapat dimanfaatkan bagi menarik pelabur China, terutamanya institusi dan firma terkemukanya.

“Selain mempertingkat fokus perniagaannya, Labuan FSA akan terus memperta-hankan peranan penyelaras dan pengawalseliaannya untuk memastikan keberkesanan dan kestabilan pasaran sentiasa dijaga,” katanya pada Majlis Makan Malam Perindustrian pada Sabtu.

Menurut Danial, aspek pemantauan dan lebih banyak pemeriksaan di tapak akan dijalankan ke atas sektor yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi di bawah Kerangka Penilaian Risiko Sektor Labuan.

“Ini semua penting sebagai bukti kita serius untuk mena-ngani masalah penggubahan wang haram dan menangani pembiayaan keganasan, terutamanya apabila Malaysia termasuk Labuan yang akan dinilai semula oleh pihak Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) pada awal tahun depan.

“Kita perlu memastikan bahawa Labuan IBFC sudah bersedia dan memaparkan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjaga penilaian positif itu selain kredibiliti Labuan IBFC sebagai pusat yang ada reputasi,” katanya. – Bernama