Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Labuan IBFC turut terkesan impak ekonomi

    LABUAN, 8 SEPT – Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) tidak terkecuali daripada impak ekonomi, termasuk susulan pelaksanaan sekatan pergerakan pada Mac 2020.

    Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, walaupun Labuan IBFC menyumbang lebih 60 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) wilayah itu pada 2021, namun wujud kebimbangan mengenai berlakunya penutupan syarikat serta entiti berlesen lain.

    “Adalah difahamkan, ada yang terpaksa menutup perniagaan masing-masing akibat usaha penyusunan semula di peringkat dalaman serta perubahan dasar cukai.

    “Namun, ingin saya tekankan di sini bahawa langkah termasuk pengecualian Entiti Perdagangan Lain (OTE) daripada pematuhan rejim cukai Labuan telah dapat diatasi pada akhir tahun lepas dan kini diletakkan di bawah rejim cukai tiga peratus,” katanya.

    Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Evolving and Impacting the Post-Pandemic World: Future Development in Financial Sector’ pada hari kedua Persidangan Antarabangsa Persatuan Kewangan Malaysia 2022 ke-24 hari ini.

    Menurut Nik Mohamed Din, susulan pelaksanaan cukai yang lebih jelas serta penarikan balik sekatan pergerakan, aliran penutupan syarikat kini semakin perlahan manakala penubuhan syarikat dan pemberian lesen baharu, terutama melibatkan penggiat digital yang menyediakan platform digital serta pengeluaran token pula kianmeningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...