Friday, November 1, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan jadi lokasi pendaratan penyu karah

    LABUAN, 11 OKT – Labuan menjadi lokasi pilihan penyu karah untuk bertelur berikutan kemunculan reptilia itu yang mendarat di beberapa pantai di sini.

    Pengarah Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata sebanyak 2,035 telur penyu karah ditemukan tertimbus di pantai pulau bebas cukai berkenaan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

    “Pada awal bulan ini, sebanyak 106 telur penyu karah turut dijumpai oleh nelayan tempatan di pantai Kampung Sungai Labu, di sini,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata, Labuan telah lama dianggap sebagai santuari penyu dengan Taman Laut Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil menjadi tempat untuk haiwan itu bertelur berikutan persekitaran yang selamat.

    Katanya selain Kepulauan Rusukan, kawasan Pantai Tanjung Aru Nelayan turut menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda