Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan : Kempen Internet Selamat promosi keselamatan siber

    LABUAN, 14 OGOS – Karnival Kempen Internet Selamat menghimpunkan kesemua 28 sekolah di Labuan, iaitu 17 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah dalam usaha berskala besar untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelajar di pulau bebas cukai itu.

    Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Persekutuan, Faisal Hamdi Mohammed Ghouth, berkata inisiatif itu bertujuan untuk melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melayari dunia dalam talian dengan selamat serta bertanggungjawab.

    Beliau berkata acara penting yang diadakan baru-baru ini merupakan kali pertama sebuah program yang menyeluruh dianjurkan di Labuan, melibatkan penyertaan aktif pemimpin sekolah, guru-guru dan para pelajar.

    “Kita perlu merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan sekolah-sekolah yang terlibat atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini.

    “Hari ini, Internet bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sebahagian daripada gaya hidup harian kita, menawarkan pelbagai peluang untuk pembelajaran, interaksi dan penerokaan ilmu. Namun, manfaat ini turut hadir bersama risiko dan cabaran, khususnya kepada golongan muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata buli siber kekal sebagai antara isu paling mendesak dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, yang kerap berlaku melalui media sosial. – Bernama

    Majlis Pelancaran Cashless Society Dan Kempen Internet Selamat di Reruai Pameran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tapak BFF Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada bulan lepas. – Bernama.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda