Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Labuan lancar projek bantu usahawan asnaf jihad pendidikan

    LABUAN, 23 MEI – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bank Rakyat dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, UMSKAL hari ini melancarkan Projek Asnafpreneur Bank Rakyat di Menara UMSKAL.

    Kerjasama itu bertujuan membantu usahawan asnaf di Labuan yang berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Melalui projek itu, 30 usahawan asnaf menerima sumbangan kewangan RM5,000 oleh Bank Rakyat melalui dana wakalahnya dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM150,000.

    Usahawan-usahawan ini juga akan diberi bimbingan dan pantauan khas oleh UMSKAL melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan bagi sesi monitoring, coaching dan motivation selama enam bulan bermula Mei hingga Oktober. 

    Ketua pegawai syariah Bank Rakyat, Zamerey Abdul Razak berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang amat dialukan-alukan, bertepatan dengan komitmen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu golongan usahawan meliputi pelbagai sektor dan industri yang terjejas sebelum ini untuk bangkit semula.

    Sementara itu, dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal (mewakili Universiti Malaysia Sabah) berkata, kerjasama itu mewujudkan hubungan sinergi di antara PPZ-MAIWP, Bank Rakyat dan juga UMSKAL. 

    “Kerjasama ini melibatkan usahawan-usahawan asnaf di Labuan yang berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Bimbingan dan pantauan akan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan sendiri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mengendalikan projek-projek keusahawanan bersama industri,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -