Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan sasar empat emas pada Para Sukma Sarawak

    LABUAN, 15 SEPT – Labuan menyasarkan untuk memenangi empat pingat emas, empat perak dan sembilan gangsa pada Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) ke-14, yang akan berlangsung di Sarawak pada 22 hingga 28 September.

    Pengerusi Majlis Sukan Labuan, Rithuan Ismail berkata pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus yang bertanding dalam acara 100 meter (m) T36, Labo Taulim (renang gaya bebas 50m dan 100m S9) dan Avirinda Anis (Boccia BC2).

    “Kami berharap atlet kami akan membawa kemenangan dan kebanggaan untuk sukan Labuan,” kata beliau pada majlis penyerahan bendera kontinjen Para SUKMA Labuan, di sini hari ini.

    Rithuan berkata Labuan juga berharap Rafli Suhaili yang bertanding dalam acara powerlifting 49 kilogram, Geofrezer (lompat jauh F20) dan Labo Taulim (renang rampaian 200m S9) untuk membawa pulang perak.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi berkata atlet-atlet itu telah menjalani latihan intensif sebagai persediaan untuk Para SUKMA, selain disediakan sokongan nutrisi.

    Beliau berkata pendekatan sederhana Labuan terhadap temasya tahun ini mencerminkan komitmen mereka terhadap pembangunan atlet untuk mewakili Labuan pada peringkat kebangsaan. – Bernama

    Rithuan Ismail (empat kanan) menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan Labuan kepada ketua kontinjen atlit Para SUKMA merangkap Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mahanum Fauzi (dua kiri), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda