Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lacazette buktikan ‘harga diri’

    SYDNEY, 14 Julai – Pemain termahal Arsenal, Alexandre Lacazette (gambar) menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya bersama Gunners dalam kemenangan 2-0 ke atas juara Australia, Sydney FC semalam.

    Lacazette, yang ditandatangani dengan persetujuan bernilai 52.5 juta pound(AS$68 juta) minggu lepas dari Lyon, diturunkan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kedua Arsenal di depan lebih daripada 80,000 peminat di stadium Olympic, Sydney.

    Lacazette menyudahkan jaringan untuk menewaskan penjaga gol, Andrew Redmayne dari jarak dekat selepas ketua pasukan Per Mertesacker membuka jaringan bagi pasukan Gunners pada minit keempat.

    “Ia adalah penting dia melepaskan dari bebanannya kerana seorang penyerang diharapkan untuk menjaringkan gol, jadi anda melihatnya rasa gembira,” pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu wartawan.

    “Tetapi pada keseluruhannya apa yang kami mahukan adalah beraksi pada pergerakan yang pantas dan membangunkan permainan kolektif kami dan bagi tempoh yang lama dalam permainan ia adalah bagus bagi kami.

    “Mereka memberikan kami saingan yang sukar, mereka cuba merebut setiap bola dan saya boleh menyatakan pada akhirnya penjaga gol mereka adalah pemain terbaik dalam perlawanan itu.”

    Sementara itu pemain muda Arsenal, Reiss Nelson bermaian dengan baik di sayap kanan dan menjejaskan pertahanan pasukan tuan rumah sebelum berada dalam keletihan pada separuh masa pertama.

    “Semua pemain muda melakukan dengan baik, Nelson dan Joe Willcock mempamerkan persembahan baik, mereka masih muda, baru berusia 18 tahun, jadi ia adalah satu permainan yang menarik dan mereka juga Inggeris,” kata Wenger.

    Arsenal juga akan beraksi dalam perlawanan persahabatan di Sydney menentang Western Sydney Wanderers esok sebelum menuju China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda