Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    LADA sasar kemasukan pelaburan RM1 bilion tahun ini

    ALOR STAR, 12 FEB – Langkawi disasar menerima pelaburan bernilai RM1 bilion dalam pelbagai jenis merangkumi pembinaan hotel bertaraf empat dan lima bintang, produk eko pelancongan dan pusat beli-belah tahun ini.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata pulau peranginan itu menerima pelaburan bernilai RM1.8 bilion pada 2022, meningkat daripada RM1.2 bilion yang dicatatkan pada 2021.

    Beliau berkata walaupun pertumbuhan ekonomi agak perlahan namun nilai pelaburan yang masuk ke Langkawi dilihat masih positif semasa fasa pemulihan ekonomi atau pasca-COVID-19.

    “LADA turut mengalu-alukan pelbagai jenis pelaburan ke pulau ini. Antara pelaburan baharu yang berimpak tinggi dan amat diperlukan di sini adalah pelaburan berasaskan pelancongan kesihatan seperti hospital pakar atau pusat kesihatan bagi menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan perubatan di negara ini.

    “Selain itu, pelaburan dalam bidang pendidikan juga berpotensi besar dengan mewujudkan universiti atau kolej antarabangsa seterusnya menjadikan Langkawi sebagai antara hab pendidikan yang diminati,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...