Monday, November 25, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ladang komersial jadikan Sarawak hab industri buluh Malaysia

    KUCHING, 2 OGOS – Ladang komersial berkeluasan 2,760 hektar dan 59 hektar ladang komuniti telah dibangunkan di Sarawak sebagai antara langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai hab pembangunan industri buluh di Malaysia, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata, langkah ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID 2030 kerajaan negeri untuk membangunkan 10,000 hektar ladang komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti bagi menampung kelestarian bekalan sumber buluhnya.

    “Saya berharap agar sektor perladangan hutan dan industri pemprosesan perkayuan akan menjadi lebih berdaya saing dan relevan bagi meningkatkan nilai eksport kayu dan produk bukan kayu kepada RM8 bilion pada 2030,” katanya.

    Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan ladang buluh komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda