Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lady Gaga alami kemurungan?

    Penyanyi Amerika yang terkenal dengan fesyen pelik dan luar biasa, Lady Gaga, kini didakwa seakan mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu.

    Perkara itu dimaklumkan rakan-rakan industri seni selepas Gaga dikatakan berkelakuan tidak seperti biasa dan bersikap introvert atau kini lebih suka menyendiri.

    Menurut sumber terdekat penyanyi tersebut, Gaga pernah meluahkan perasaan kepadanya bahawa dia sedang mengalami situasi kebimbangan atau insecurity terutama berhubung perjalanan kerjaya seninya pada waktu ini.

    “Beberapa bulan lalu, Gaga ada membuat pengakuan bahawa dia rasa ‘kehilangan’ dalam kerjayanya. Sebelum ini, semua orang tahu bahawa dia sangat berjaya dalam apa juga yang dilakukan.

    “Tetapi, kini, dia berasa seakan ada sesuatu yang hilang dalam landskap industri muzik kebelakangan ini,” kata sumber.

    Memetik laporan Utusan Malaysia, kali terakhir Gaga menghasilkan album solo adalah pada tahun 2020 namun tiada sebarang konsert jelajah dilakukannya sejak 2022.

    Tidak seperti rakan baiknya, Beyonce mahupun penyanyi terkenal Taylor Swift, kedua-duanya mencipta kejayaan menerusi penganjuran konsert jelajah pada tahun lalu.

    “Gaga sangat akrab dengan Beyonce sebelum ini dan kemungkinan dia berasa tertekan kerana tidak ada sebarang konsert sebagai pengukur kejayaannya kebelakangan ini berbanding dua penyanyi ikonik itu.

    “Pada masa yang sama, Gaga juga sedang berdepan dengan pelbagai situasi dan ‘perang’ dengan dalaman diri yang menyukarkannya untuk bergerak aktif dalam muzik semula,” katanya. – Agensi

    Gaga berasa kehilangan dalam kerjayanya. – People.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda