Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lady Gaga hanya duduk sebentar lepas menang anugerah

    Tindakan penyanyi Lady Gaga yang beredar awal sebaik sahaja diumumkan sebagai Artist of The Year di MTV Video Music Awards (VMA) 2025 mendapat perhatian ramai.

    Memetik laporan E Online, Gaga hanya sempat berada di UBS Arena, New York selama 15 minit sahaja sebelum memohon diri untuk beredar.

    “Saya harap saya dapat tunggu dan menikmati semua persembahan hebat malam ini, tapi saya perlu kembali ke Madison Square Garden,” katanya ketika berucap di atas pentas.

    Difahamkan Gaga juga meminta pihak penganjur membuat pengumuman bagi kategori itu di awal acara berlangsung. 

    Gaga sempat sampaikan ucapan penuh emosi. – Agensi

    Penyanyi lagu Bloody Mary itu kemudiannya perlu ke konsert sendiri, iaitu siri jelajah Mayhem Ball, yang berlangsung serentak di lokasi lain kira-kira 29 kilometer dari tempat acara VMA diadakan.

    Meskipun masa terhad, Gaga tetap meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan ucapan penuh emosi, termasuk menghargai peminat dan rakan artis lain yang hadir malam itu.

    Lebih mencuri perhatian, Gaga turut menyebut nama kekasihnya, Michael Polansky, yang dikatakan menjadi inspirasi di sebalik lagu popular Blade of Grass.

    “Untuk cinta hati saya, Michael, mencipta lagu tahun ini bersama kamu adalah satu mimpi indah, dan saya hadiahkan kemenangan ini untuk kamu,” ujarnya.

    Kemenangan Gaga itu sekali gus mengalahkan pesaing lain seperti Bad Bunny, Beyonce, Taylor Swift dan Kendrick Lamar. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda