LUSAIL, QATAR, 6 OKT – Qatar ingin hiasan kepala dijadikan maskot Piala Dunia 2022 untuk melambangkan kejohanan bola sepak, sama seperti hon vuvuzela apabila Afrika Selatan menganjur perlawanan tersebut pada 2010.
Hiasan kepala keffiyeh bernama La’eeb, bermakna pemain amat berbakat dalam bahasa Arab, akan menjadi maskot Piala Dunia dan terpampang di papan iklan di seluruh Qatar serta di televisyen negara itu.
“La’eeb adalah watak yang menyeronokkan yang datang daripada dunia maskot, dunia sama di mana semua maskot kejohanan tinggal,” kata badan bola sepak FIFA.
“Ia akan membawa keceriaan bola sepak kepada semua orang.”
Hiasan kepala keffiyeh, juga dikenali di negara Teluk sebagai shemagh atau ghutra, direka untuk melindungi terhadap cahaya matahari, pasir dan abu.
Penganjur Piala Dunia Qatar ingin melihat berulangnya kejohanan Piala Dunia 2019 apabila pemain dari pasukan Mexico Montereey memakai keffiyeh selepas memenangi perlawanan.
Bertrand Roine, yang memenangi gelaran bola baling dunia dengan Perancis dan berpindah untuk bermain untuk Qatar, telah membangun-kan hubungan keffiyeh dengan Piala Dunia dengan mereka bentuk hiasan kepala itu dalam warna kebangsaan 32 negara yang mengambil bahagian.
Roine berharap skarf berwarna-warni itu akan menjadi ‘simbol’ perlawanan. – AFP
