Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lafaz cerai Puteri Sarah 18 April ini

    Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini kelmarin menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah (gambar-agensi).

    Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasangan berkenaan mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan mereka secara baik dan aman.

    “Pihak-pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik dan satu draf perjanjian disediakan, namun pihak kami perlu meneliti dokumen itu terlebih dahulu.

    “Oleh itu, kami berbincang agar mahkamah ini tangguhkan dahulu dapatan Jawatankuasa Pendamai (JKP) kerana pada tarikh akan datang, pihak-pihak akan merekodkan penyelesaian dan terus membubarkan pernikahan antara defendan (Syamsul) dan plaintif (Puteri Sarah),” katanya semasa prosiding hari ini yang ditetapkan laporan penuh JKP kedua-dua pihak.

    Pada 7 Mac lepas, Hakim Syarie Akmaluddin memerintahkan pasangan berkenaan melantik wakil JKP selepas mendapati tidak terdapat keadaan luar biasa dalam permohonan perceraian Puteri Sarah supaya ia tidak melalui proses JKP, sebaliknya terus kepada hakam keluarga.

    Ia berikutan Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah.

    Pada 16 Januari lepas, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul, atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, secara baik dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Sementara itu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Mohd Shamsul mengesahkan perkara tersebut dan memohon supaya satu tarikh lain ditetapkan oleh mahkamah untuk merekodkan penceraian. – Bernama

    Puteri Sarah bersyukur urusan perceraian dengan Syamsul dipermudahkan dan ketenangan dicari sudah ditemuinya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda