Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

LAFF temui peminat di Malaysia mulai bulan ini

Festival Filem Amerika Latin (LAFF) yang dinanti-nantikan akan memulakan tayangannya bulan ini dengan tujuh filem Amerika Latin dan Caribbean.

Filem-filem itu akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC) One Utama dari 17 hingga 20 Nov dan GSC Gurney Plaza Pulau Pinang dari 24 hingga 27 Nov.

Festival filem edisi ke-20 itu bertujuan memaparkan warisan budaya negara Amerika Latin dan Caribbean yang kaya, sambil mengetengahkan industri kreatif yang terbaik sekali gus menjangkau khalayak yang lebih luas di Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk membuka tirai festival itu dengan filem Argentina, The Weasels’ Tale karya  pengarah filem yang memenangi Oscar, Juan Jose Campanella.

“Selain itu, kami juga gembira dapat menunjukkan kepada masyarakat Malaysia mengenai kualiti filem kami serta nuansa budaya kami yang kaya,” kata Duta Argentina ke Malaysia dan Dekan Kedutaan Amerika Latin dan Caribbean di Malaysia, Manuel Balaguer Salas dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemilihan filem untuk festival filem tahun ini membuktikan bahawa bakat, kreativiti dan semangat merupakan bahan terbaik untuk menghasilkan filem yang hebat.

LAFF edisi ke-20 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang meliputi filem komedi sehinggalah thriller dan animasi mesra keluarga yang memberi peluang kepada penonton untuk menikmati gambaran budaya, aspek sosial dan bahasa yang berbeza di negara Amerika Latin dan Caribbean.

Festival ini dianjurkan Kedutaan Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Mexico dan Peru ke Malaysia. Kesemua filem itu ditayangkan secara percuma dan mematuhi peraturan SOP  ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Bagi GSC 1 Utama, tiket percuma boleh diambil sejam sebelum waktu tayangan manakala sistem e-tiket akan digunakan untuk tayangan di GSC Gurney Plaza Pulau Pinang.

Jadual tayangan, sinopsis dan butiran lanjut boleh didapati di www.gsc.com.my. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -