Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lagi 15 budak Nigeria diculik

    NIGERIA, 10 MAC – Lelaki bersenjata menyerbu sebuah sekolah berasrama penuh di barat laut Nigeria Sabtu lepas dan menculik 15 kanak-kanak ketika mereka tidur, kira-kira 48 jam selepas hampir 300 pelajar dijadikan tebusan di wilayah itu.

    Lelaki bersenjata dalam serangan terbaru menyerang perkampungan Gidan Bakuso kira-kira jam 1 pagi, kata polis. Mereka menuju ke sekolah Islam dan menculik kanak-kanak itu dari asrama sebelum pasukan keselamatan tiba, kata jurucakap polis Sokoto Ahmad Rufa’i kepada AP.

    Seorang wanita turut diculik dari kampung itu, kata Rufa’i sambil menambah skuad taktik polis dikerahkan untuk mencari pelajar berkenaan.

    Jalan yang sukar dilalui di kawasan itu, bagaimanapun, mencabar operasi menyelamat. “Ia adalah kampung terpencil (dan) kenderaan tidak boleh pergi ke sana; mereka (skuad polis) terpaksa menggunakan motosikal ke kampung itu,” tambah Rufa’i.

    Serangan pada Sabtu itu merupakan penculikan besar-besaran ketiga di utara Nigeria sejak akhir minggu lalu. – AP

    Askar Nigeria mengawal di Sekolah Rendah dan Menengah LEA Kuriga di mana penculikan berlaku pada 9 Mac. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    Kedutaan Iran raikan Hari Kanak-Kanak bersama Pusat Ehsan

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 400 juta kanak-kanak seluruh dunia terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV - Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...