Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lagi kejadian pokok tumbang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Sebatang pokok berukuran 15 meter tumbang dan merosakkan sebahagian atap rumah dalam kejadian yang berlaku di Kampung Panchor Murai, Jalan Pengkalan Batu, kelmarin.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), empat anggota bomba dan penyelamat dengan sebuah jentera yang diketuai oleh ASO Mohd Salleh bin Haji Ahmad dari Balai Bomba Pengkalan Batu dikerahkan ke tempat kejadian di Kampung Panchor Murai, Jalan Pengkalan Batu, kira-kira pukul 3:53 petang, kelmarin.

    Sebaik tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebatang pokok durian telah tumbang dan menimpa sebahagian atap rumah dan juga mengenai kabel elektrik.

    Anggota bomba segera bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji rantai serta mengalihkan pokok yang berukuran kira-kira 15 meter panjang dan 30 sentimeter garis pusat.

    Dalam kejadian itu, tidak ada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan.

    JBP menyarankan supaya menggelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan serta pokok yang ditanam mesti sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang dan merosakkan atap sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Panchor Murai, Jalan Pengkalan Batu, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda