Lagi menara telekomunikasi dirosakkan penunjuk perasaan

BANGKOK, 15 SEPT – Para penunjuk perasaan anti rampasan kuasa di Myanmar berkata hari ini mereka telah memusnahkan empat menara komunikasi milik tentera pada hujung minggu lalu, ketika mereka meningkatkan serangan ke atas infrastruktur kerajaan.

Myanmar dilanda pergolakan sejak kerajaan Aung San Suu Kyi digulingkan pada Februari, mencetuskan bantahan demokrasi dan tindakan keras junta.

Sejak Khamis lalu, pejuang anti-junta telah memusnahkan empat menara komunikasi Mytel milik tentera di barat negeri Chin, menurut jurucakap bagi ‘Pasukan Pertahanan Rakyat Zoland’.

Pertumpahan darah berterusan menekan gerakan antirampasan kuasa untuk membentuk pasukan pertahanan dalam perbandaran mereka – terdiri daripada orang awam yang menentang pasukan keselamatan, sering menggunakan senjata buatan sendiri.

Serangan ke atas menara itu, dekat bandar Tedim, kira-kira 20km dari sempadan India, adalah ‘untuk menyekat SAC daripada mendapat sumber wang mereka,” kata jurucakap, menggunakan akronim Majlis Pentadbiran Kerajaan – bagi gelaran junta.

Media tempatan juga melaporkan beberapa menara kepunyaan Mytel – salah satu dari empat menara sel utama negara itu – telah dimusnahkan di negeri Chin dalam beberapa hari kebelakangan.

Data dan perkhidmatan wifi Mytel di Hakha telah terjejas sejak Jumaat, menurut penduduk kepada AFP. – AFP