Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lagi pelakon maut akibat komplikasi virus influenza

    Seorang pelakon China yang sedang meningkat naik, Liang Youcheng telah disahkan meninggal dunia pada 30 Januari lalu akibat komplikasi selepas dijangkiti virus influenza.

    Menghembuskan nafas terakhir pada usia 27 tahun, pemergiannya mengejutkan industri hiburan yang masih berduka dengan kematian aktres terkenal Taiwan, Barbie Hsu juga kerana komplikasi influenza, menurut laporan Kosmo Online.

    Menurut media di China, Youcheng pada mulanya menunjukkan gejala ringan dan didiagnosis dengan selesema biasa.

    Keadaan kesihatannya bagaimanapun semakin teruk menyebabkan jangkitan pada saraf pusat.

    Meskipun mendapat rawatan kecemasan di hospital, Youcheng disahkan meninggal dunia pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.

    Difahamkan, ketika menerima rawatan di hospital, tiada ahli keluarga bersamanya.

    Youcheng muncul dikenali dengan drama Echo Of Her Voice (2024) dan My Heart (2021), malah dia sedang membuat persiapan untuk memasuki set penggambaran siri terbaharu iaitu, It Girl In Tang Dynasty.

    Mesej terakhir Youcheng adalah kepada ibunya pada sambutan Tahun Baharu Cina. Dia memberi angpau dalam talian sebanyak 888 yuan (RM540) dan memberitahu duit tersebut adalah dari pasukan produksinya.

    Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi, kematiannya menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang bahaya jangkitan influenza kerana berkemungkinan besar menghadapi komplikasi daripada virus influenza jenis A seperti Barbie Hsu. – Agensi

    Mendiang Liang Youcheng disahkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti virus influenza. – 8days
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda