Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Atlet para Brunei Darussalam kelmarin meneruskan kutipan pingat dengan dua perak dan satu gangsa dalam temasya Sukan Para ASEAN ke-12, 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Pingat perak disumbangkan oleh atlet para negara Awang Raduan bin Haji Mataha dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F11) dengan rekod 20.99 meter (m) dan Awang Alihan Muda dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F34) dengan rekod 18.42m.
Dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F11), Evaristo Joven Carbonel dari Filipina memenangi emas dengan rekod 25.67m, manakala Vovan Tung dari Vietnam memenangi emas dalam acara Lempar Cakera Lelaki (F34) dengan rekod 24.85m.
Sementara itu, Awang Shari bin Haji Juma’at meraih gangsa dalam acara Rejam Lembing Lelaki (F55) dengan rekod 22.16m.
Pingat emas dalam acara tersebut dimenangi oleh pemain Vietnam, Kieu Minh Trung dengan rekod 27.1m dan Riadi Saputra dari Indonesia (25.69m).