BAGHDAD, 18 JUN – Serangan roket dilancarkan ke Zon Hijau, yang menjadi lokasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini hari ini. Ia adalah serangan kali kelima dalam tempoh 10 hari, menurut pihak keselamatan. Wartawan AFP mendengar sekurang-kurangnya tiga letupan, diikuti dengan bunyi siren di Zon Hijau. Bagaimanapun, masih belum ada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.