Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Persatuan Liga Belia, Fu Zhou Shiyyi dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) hari ini menyerahkan sumbangan kepada 17 buah keluarga yang kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Rombongan yang diketuai oleh Katherine Hii dan Summer Hee daripada persatuan berkenaan, dibahagikan kepada dua kumpulan.
Rombongan pertama menyerahkan sumbangan di Kampung Junjongan Lumapas dan rombongan kedua menyerahkan sumbangan di Kampung Tarap Bau.
Ketua Liga Belia, Katherine Hii melahirkan rasa terima kasih kepada penasihat Fu Zhou, pihak jawatankuasa utama dan liga wanita atas sambutan aktif mereka terhadap aktiviti amal berkenaan.
Beliau berkata, ini merupakan kali pertama persatuan berkenaan bekerjasama dengan pihak kerajaan anjuran JAPEM. Keseluruhan proses telah banyak memberi manfaat kepada
beliau sendiri dan pasukan Liga Belia.



