Nama pendatang baharu, Mal Hamka tiba-tiba menjadi bualan hangat di Twitter selepas dia memuat naik video bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ernie Zakri di laman sosial miliknya.
Ekoran perkongsian video tersebut, peminat dua penyanyi berkenaan mula membuat spekulasi Mal atau Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 28, sedang dalam proses mencipta lagu menggandingkan Siti dan Ernie.
Ia susulan Mal dilihat merakamkan foto bersama Siti dan Ernie di lokasi sama yang menguatkan lagi desas-desus dua penyanyi itu bakal berduet lagu ciptaan Mal. – mStar

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.