Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lagu Despacito dihentikan di RTM

    PUTRAJAYA – Radio Televi-syen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yonkee di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

    “Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

    Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah. – Bernama

    Lagu hit antarabangsa, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yonkee dihentikan di semua stesen radio dan saluran televisyen RTM.
    Lagu hit antarabangsa, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yonkee dihentikan di semua stesen radio dan saluran televisyen RTM.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda