Lagu How You Like That pecah rekod

Kumpulan Kpop terkenal Blackpink memecahkan rekod aplikasi strim Spotify dengan hit terbaharu mereka, How You Like That.

Single tersebut menduduki tempat kelima carta harian Global Top 50, Spotify pada Khamis lalu, sekaligus menetapkan rekod baharu untuk kumpulan muzik kategori wanita secara keseluruhan.

How You Like That kini merupakan lagu Kpop dengan kedudukan carta paling tinggi dalam sejarah Spotify.

Sebelum ini, BTS memegang rekod kedudukan tempat ketiga dalam kategori sama.

Dalam perkembangan yang sama, single ini juga terjual lebih satu juta di platform muzik China iaitu QQ dalam masa 24 jam.

Ia merupakan lagu Kpop pertama yang memecah rekod tersebut.

How You Like That juga menduduki tempat tertinggi di carta muzik iTunes di 56 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Malah, single berkenaan turut mencipta rekod lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Blackpink hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka tersebut. – Agensi

Lagu terbaharu Blackpink hanya mengambil masa 11 jam 25 minit untuk mencecah 50 juta tontonan di YouTube. – Agensi