Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lagu Menamakanmu Cinta jadi OST sinetron Indonesia

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan keunggulan apabila lagu terbaharunya, Menamakanmu Cinta terpilih menjadi runut bunyi rasmi sinetron Indonesia berjudul Cinta Sepenuh Jiwa.

    Sinetron terbitan MNC Pictures itu bakal ditayangkan secara eksklusif di RCTI dengan menampilkan bintang muda popular seperti Cut Syifa, Ibrahim Risyad dan Kenny Austin.

    Ujar komposer lagu tersebut, Ade Govinda, karya terbabit digarap dengan penuh rasa malah menjadi lambang kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

    “Selaras dengan judul sinetron, Menamakanmu Cinta ibarat ungkapan kasih yang kita simpan untuk insan tersayang.

    “Kita mencintai sepenuh jiwa, namun kadangkala tidak terungkap dengan sepenuhnya. Itu yang menjadikan lagu ini begitu dekat dengan naskhah tersebut,” katanya kepada Kosmo.

    Kehadiran lagu Siti, 46, itu melengkapkan kisah cinta sarat emosi, sekali gus memperkuatkan jiwa cerita.

    Sejak dilancarkan pada Julai lalu, lagu tersebut mencatat sambutan luar biasa malah video lirik rasmi sudah mencecah lebih 3.3 juta tontonan di YouTube, manakala muzik video yang dimuat naik pada 12 September lalu menghampiri 400,000 tontonan.

    Bukan itu sahaja, Menamakanmu Cinta turut merekodkan lebih 4.9 juta putaran di YouTube Music serta 2.1 juta penstriman di Spotify, sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai karya segar yang masih mendapat tempat di hati pendengar. – Agensi

    Lagu Siti Nurhaliza ‘Menamakanmu Cinta’ jadi OST sinetron Indonesia. – Kosmo
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...