Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lagu raya sudah dimainkan?

    Alhamdulillah, tidak terasa kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

    Pada bulan yang mulia inilah kita berlumba-lumba meningkatkan amal ibadat untuk meraih janji Allah SWT.

    Dalam kita menjalankan ibadat puasa ini, sesetengah kita ada yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kian tiba.

    Gedung-gedung membeli belah juga mula mempromosikan pelbagai barangan Hari Raya seperti jualan biskut, kuih-muih dan sebagainya.

    Namun, saya tertarik satu perkara mengenai promosi Hari Raya di kedai-kedai ini, di mana baru-baru ini saya mengunjungi dua kedai berbeza di kawasan Batu Satu dan Tanjung Bunut mendapati dua buah kedai berkenaan sudah memainkan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri.

    Justeru persoalan di sini, adakah para peniaga atau kedai-kedai di negara ini sudah dibenarkan memainkan lagu-lagu Hari Raya berkenaan?

    Sedangkan kita masih jauh di penghujung bulan Ramadan dan jika mahu memeriahkan suasana perlukah dimainkan kerana setahu saya mana-mana gedung membeli belah yang lain cukup memadai menyusun barang-barang promosi Hari Raya tanpa memainkan lagu Hari Raya.

    Bukanlah saya tidak mahu kemeriahan Hari Raya yang kian akan kita sambut, namun ketika bulan Ramadan inilah kita harus semarakkan dengan amal-amal ibadat kerana bulan inilah penuh dengan segala kerahmatan.

    Hj Khal

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...