Lahar La Palma mula beri ancaman

MADRID, 21 OKT – Ratusan penduduk dipindahkan malam semalam di pulau La Palma Sepanyol ketika batu lebur mengalir ke bandar pesisir semasa ledakan gunung berapi,” kata pihak berkuasa hari ini.

Perkhidmatan kecemasan membantu kira-kira 500 orang untuk meninggalkan rumah mereka, kata datuk bandar Tazacorte, Juan Miguel Rodriguez kepada penyiaran RTVE.

Kira-kira 7,500 orang melarikan diri sejak Cumbre Vieja mula meledak lebih sebulan yang lalu. Saintis berkata ledakan itu akan berlangsung selama tiga bulan.

Walaupun kebanyakan seramai 85,000 penduduk di pulau luar barat Afrika itu tidak terjejas oleh ledakan itu, sebahagian di sisi barat telah menyaksikan lahar memusnahkan rumah dan mata pencarian orang di sana. Batu lebur telah meliputi lebih 866 hektar dan menjejaskan sekitar 2,185 binaan. – AP

Lahar mengalir ke rumah-rumah di La Laguna di pulau La Palma pada 21 Oktober. – AP