Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Lahir belia berkemahiran dalam pengurusan jenazah

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Dalam menguruskan jenazah kadangkala berlaku penyerapan amalan yang tidak terdapat dalam syariat Islam, di mana ia merupakan tokok tambah yang tiada asas dan sumbernya.
     
    Dalam perkara ini, setiap individu perlu mempelajari kaifiat pengurusan jenazah yang betul dan memantapkan diri agar dapat melaksanakan amal bakti berterusan kepada ahli keluarga dan juga masyarakat Islam.
     
    “Ini adalah bagi memastikan tanggungjawab fardu kifayah itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak syariat Islam,” tambah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dalam ucapan perasmian Khidmat Terakhirku: Kursus Latihan Kemahiran Penggapai selaku tetamu kehormat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampung Kiarong, hari ini.
     
    Ujar beliau, lazimnya penyempurnaan jenazah akan diserahkan kepada imam, jawatankuasa takmir masjid atau pengapai yang dilantik.
     
    Namun adalah afdal (utama) pengurusan jenazah itu diuruskan oleh ahli waris yang mempunyai kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam menguruskan arwah dengan sebaik-baiknya.
     
    Oleh itu, tambah beliau, adalah penting untuk melahirkan individu yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pengurusan jenazah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah dan memastikan pengurusan jenazah di negara ini diurus dengan sempurna dan penuh penghormatan.
     
    Antara peserta yang mengikuti kursus latihan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...