Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lahir pelapis belia dalam pengurusan jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Dalam usaha melahirkan pelapis-pelapis baharu dalam pengurusan dan penyempurnaan jenazah daripada kalangan belia, Bengkel Pengurusan Jenazah bagi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara bagi Daerah Brunei dan Muara telah diadakan selama dua hari hingga hari ini.

    Berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, bengkel itu telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara serta Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudiannya menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Bengkel berkenaan dihasratkan dapat menanamkan rasa tanggungjawab berhubung pengendalian jenazah dalam kalangan para peserta di samping menyemai kepercayaan masyarakat terhadap penglibatan golongan belia dalam pengurusan jenazah sekali gus menimbulkan rasa kesedaran dalam diri bahawa mati itu pasti.

    ATAS & BAWAH: Haji Amir Hisham menyampaikan sijil kepada peserta pada majlis yang berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda