DHAKA, Bangladesh, 29 Mac – Seorang wanita Bangladesh yang mempunyai dua rahim telah melahirkan anak kembar hampir sebulan selepas melahirkan anak lelaki pramatang, menurut pelbagai sumber berita.
Luar biasanya, Arifa Sultana tidak tahu langsung dalam masa yang sama dia mengandung anak damit kembar selepas melahirkan anak lelaki pramatang itu.
Ibu yang berusia 20 tahun berasal dari Daerah Jessore telah melahirkan anak damit pertama itu pada lewat Februari lalu kira-kira 26 hari kemudian dia dikejarkan semula ke hospital kerana mengalami sakit perut, lapor BBC.
Doktor mendapati dia sedang hamil anak kembar dalam uterus kedua dan mereka terpaksa melakukan pembedahan caesarean kecemasan.
“Anak damit kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan sihat tanpa sebarang komplikasi pada 25 Mac lalu,” kata pakar sakit puan, Dr Sheila Poddar di Hospital Ad-Din di Dhaka memberitahu CNN.
Menurutnya lagi, wanita itu tidak tahu yang dia hamil anak kembar.
Ketiga-tiga anak damit itu dinamakan Ifad Islam Noor, Mohammad Huzaifa dan Jannatul Mawa Khadija, menurut The Guardian.