Saturday, April 26, 2025
26.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

‘Lahir zaman canggih tapi otak tak canggih’

Ketika kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah menjadi topik bualan masyarakat, pelakon Rita Rudaini tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu berkenaan.

Berbeza cara pemikiran pelajar dahulu dan sekarang, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata generasinya ketika itu tidak berani untuk bertindak di luar kawalan kerana takut akibat yang perlu ditanggung, menurut laporan mStar.

“Yang tak nak belajar, sila keluar. Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak mereka tak secanggih budak-budak zaman dulu.

“Budak-budak dulu nak buat satu benda memang fikir 100 kali sambil terbayang kena libas.

“Budak sekarang buat dulu, fikir? Nanti bila lapanglah fikir,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram kelmarin.

Perkongsian tersebut dibuat dipercayai merujuk kepada insiden video buli membabitkan tujuh pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Rita berpendapat dalam perkara ini institusi pendidikan tidak perlu dipersalahkan kerana tindakan luar kawalan yang berlaku di sekolah adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri.

Rita bagaimanapun berkata pendidikan sebenar perlu dilakukan di rumah agar dapat membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi individu lebih baik.

“Didikan juga bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan.

“Ketegasan dan kekerasan itu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan. Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama, yang tak betul perangai dan sikap manusia,” ujarnya.  – Agensi

Caption: Rita tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu buli. – mStar
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda