Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Lahirkan generasi celik Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 20 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran telah diraikan di Majlis Khatam Al-Quran, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz yang memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Antara tujuan majlis adalah bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping sebagai galakan bagi menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya dan amalan harian.

    Selepas bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, majlis diikuti dengan bacaan
    Takhtim oleh para pelajar perempuan Darjah 4 dan 5, manakala itu, Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta iaitu Awang Mohd Syazwan Nabil bin Irwan.

    Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban oleh para pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 sebelum penyampaian sijil khatam oleh tetamu kehormat majlis.

    Majlis diakhiri dengan Doa Selamat.

    Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili menyampaikan sijil khatam kepada salah seorang pelajar. – GAMBAR Oleh YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...