BERLIN, 1 Mac – Philipp Lahm menawarkan Schalke tips bagaimana untuk menghindari daripada menjadi mangsa Bayern Munich yang seterusnya dalam suku akhir Piala Jerman, hari ini.
Pemegang Piala Jerman, Bayern mencapai lapan pasukan terakhir persaingan merebut piala itu dalam tempoh 10 tahun lalu, yang belum pernah disaingi oleh kelab Jerman yang lain.
Mereka berusaha untuk mara ke peringkat separuh akhir untuk tahun kelapan berturut-turut, sementara Schalke belum pernah sampai pada kedudukan ini sejak musim 2010/2011 apabila kali terakhir mereka memenangi trofi itu dengan membenam Duisburg 5-0 pada final.
Bayern berada dalam rentak menjaringkan gol selepas membelasah Hamburg 8-0 di Munich pada Sabtu lalu dalam persaingan Bundesliga yang dilakukan 10 hari selepas membenam Arsenal 5-1 dalam Liga Juara-Juara.
Schalke adalah pasukan seterusnya berusaha untuk menghentikan jentera penjaring Munich dan belum pernah tewas dalam tujuh perlawanan lalu, merujuk kembali dalam perlawanan mereka yang berkesudahan seri 1-1 menentang Bayern di Allianz Arena empat minggu lalu. – AFP