BERLIN, 30 Mac – Dengan Bayern Munich sekali lagi dalam landasan menjulang gelaran Bundesliga kelima berturut-turut, kapten kelab Philipp Lahm mengkritik pesaing mereka kerana kekurangan cabaran tetapi Borussia Dortmund dikecualikan.
Dortmund dan Bayern memenangi gelaran liga setiap tahun dan hanya diselangi Wolfsburg menjulang pada 2009 dengan penguasaan terakhir Borussia adalah pada 2011 dan 2012.
Lahm, 33, akan bersara pada Mei dan berharap untuk menutup musim dengan gelaran Bundesaliga kelapan beliau.
Bayern masa ini mendahului 13 mata di depan RB Leipzig yang berada di tangga kedua, dengan pesaing suku akhir Liga Juara-Juara, Dortmund ketinggalan tiga mata di tangga ketiga.
Tetapi Lahm berkata kegagalan konsisten pesaing mereka sejak beberapa tahun kecuali Dortmund, memudahkan Bayern menjadi raja Bundesliga.
Dalam satu temu bual bersama majalah Stern, Lahm berkata Dortmund memiliki pasukan berbakat luar biasa, yang memastikan musim Bundesliga (sekarang) lebih sukar tetapi menambah pesaing mereka untuk melakukan lebih banyak untuk bertahan ke atas para pemain utama mereka untuk memastikan mengukuhkan persaingan merebut gelaran itu.
Dortmund dan Bayern adalah dua kelab terkaya di Jerman. Bagi 2015/16, Bayern menjana keuntungan 54 juta euro (AS$58 juta) dengan Dortmund hanya berada di belakang dengan 29.4 juta euro bagi tempoh yang sama di depan pesaing mereka.
Tetapi Lahm, yang menjadi kapten pasukan Jerman dalam gelaran Piala Dunia 2014, berkata jurang kewangan di antara 18 buah kelab Bundesliga adalah tidak besar berbanding apabila kali terakhir Bayern atau Dortmund gagal memenangi gelaran.
“Kedudukan kewangan dalam liga tidak begitu berbeza dalam masa beberapa tahun apabila kami berada di tangga kedua atau keempat,” tambah Lahm. “Saya tidak percaya ia hanya milik Bayern Munich. – AFP