Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Beberapa kempen derma darah akan diadakan pada minggu ini anjuran Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.
Esok, ia akan diadakan di Lanes Grand Ballroom Tingkat 10, Hotel Lanes, Tutong anjuran hotel berkenaan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, kemudian pada 5 Julai, ia akan diadakan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Sementara itu, pada 6 Julai, dari 9 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang, kempen akan berlangsung di Ruang Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jalan Kumbang Pasang.
Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah berkenaan adalah sangat digalakkan.


