Tuesday, September 24, 2024
34.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakastah menderma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal terus giat mengadakan kempen-kempen derma darah dan kali ini kempen derma darah akan diadakan di tiga buah daerah iaitu Daerah Brunei dan Muara, Belait dan juga Temburong.

    Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk menyertai kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

    Pada 24 September, kempen derma darah akan diadakan di Bilik Pameran Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd (GHK), Beribi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Manakala pada 25 September, kempen akan diadakan di ruang kantin, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong, dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Di Daerah Belait, kempen akan diadakan pada 28 September di Jabatan Bandaran Kuala Belait, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-64, bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk menderma darah pada waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pada sebelah petang dari pukul 1:30 petang hingga 4 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda