Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lakers atasi Pelicans

    LOS ANGELES, 16 FEB — LeBron James memperoleh 21 mata dalam perlawanan pertamanya sejak memegang rekod penjaring terbanyak NBA, dan Anthony Davis memperoleh 28 mata, 10 rebound dan lima assist dalam kemenangan 120-102 Los Angeles Lakers ke atas pasukan New Orleans Pelicans semalam.

    D’Angelo Russell memperoleh 21 mata dan tujuh assist semasa menerima sambutan hangat atas kepulangannya ke skuad Lakers, yang menang buat kali kedua dalam enam perlawanan. Lima pemain baharu Los Angeles semuanya membuat penampilan sulung selepas tarikh akhir pertukaran pemain pada minggu lalu, dan Lakers tidak pernah lekang daripada membuat persembahan terbaik pada musim ini.

    James hanya perlu bermain di tahap terendah musim iaitu 29 minit selepas berehat tiga perlawanan sebelum ini untuk merehatkan pergelangan kaki kirinya yang sakit sejurus selepas dia mengatasi rekod Kareem Abdul-Jabbar pada 7 Februari lalu.

    Permainan pertama Russell semalam sebenarnya adalah seperti kepulangannya, kerana dia pernah bermain dua musim NBA pertamanya untuk Los Angeles sebelum ditukar sebanyak empat kali dan akhirnya kembali semula kepada Lakers minggu lalu. Russell jelas teruja untuk kembali ke Hollywood dengan mempamerkan persembahan permainan yang mengagumkan sambil berulang kali menggesa orang ramai untuk memberi tepukan gemuruh untuk Lakers. – AP

    Willy Hernangomez (kanan) bersama pemain Los Angeles Lakers, Mo Bamba pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...