LOS ANGELES, 6 NOV – Luka Doncic mengatasi Victor Wembanyama dan Los Angeles Lakers menewaskan San Antonio Spurs 118-116, kelmarin. Sementara itu, Portland Trail Blazers bangkit untuk mengalahkan juara NBA, Oklahoma City Thunder bagi kali pertama mereka musim ini.
Dalam perlawanan pertama yang dinanti-nantikan musim ini antara Doncic dan Wembanyama, bintang Slovenia Doncic menjaringkan 35 mata, sembilan rebound dan 13 assist.
Dia menambah lima steal dan dua block ketika Lakers menang di Crypto.com Arena, memperbaiki rekod kepada 7-2 ketika mereka menanti superstar yang cedera, LeBron James, untuk membuat penampilan sulungnya.
Wembanyama mendahului Spurs dengan jaringan 19 mata, lapan rebound dan tiga assist.
Stephon Castle dan Jeremy Sochan masing-masing menjaringkan 16 mata ketika tujuh pemain Spurs menjaringkan lebih 10 mata, akan tetapi serangan seimbang mereka tidak mencukupi.
Wembanyama berada dalam masalah pelanggaran permainan hampir sepanjang perlawanan dan foul out dengan baki 1:40 saat dan Spurs ketinggalan 113-112.
Lakers mengekalkan pendahuluan 118-116 dengan baki 1.2 saat apabila pemain inbound mereka melakukan kesilapan dengan memberikan Spurs bola akan tetapi mereka tidak dapat memanfaatkannya. – AFP


