Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakers berharap LeBron James teruskan kerjayanya

    LeBron James memandang ke bawah pada minit-minit penutup kekalahan kepada Denver Nuggets baru-baru ini, di Los Angeles. – AP

    LOS ANGELES, 24 MEI – Los Angeles Lakers (L.A. Lakers) berharap LeBron James akan memutuskan untuk meneruskan kerjayanya selepas beliau pulih daripada pengakhiran musim yang sukar.

    James tidak bertemu dengan media pada hari tersebut selepas penjaring terbanyak dalam sejarah NBA berkata beliau memerlukan masa untuk memikirkan masa depan bola keranjangnya berikutan penyingkiran Lakers daripada perlawanan akhir Western Conference.

    James yang berusia 38 tahun telah mengelak temu bual media pasca musim pasukannya sebelum ini, tetapi keputusannya pada hari Selasa menyebabkan peminat Lakers tidak tahu mengenai niatnya dengan komen misterinya berikutan kemenangan empat perlawanan oleh Denver Nuggets. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda