HOUSTON, 4 APRIL – Anthony Davis mencatat 40 mata, sementara LeBron James menyumbang 18 mata, 11 assist dan 10 rebound untuk menyamai pencapaian Jason Kidd yang berada di tempat keempat dengan triple-double ke-107, apabila Los Angeles Lakers menewaskan Houston Rockets 134-109 pada Ahad.
Dengan kemenangan ini, Lakers mendahului dua perlawanan dan berada di tempat ketujuh bersama New Orleans Pelicans dalam Western Conference dengan berbaki empat pertandingan. Los Angeles telah memenangi enam daripada tujuh pertandingan terakhirnya dan kini mendahului Pelicans.
“Kami hanya ingin meletakkan diri kami dalam kedudukan untuk bersaing dalam kejohanan,” kata James. “Ini adalah perjalanan dan jelas kami tidak memiliki keserasian seperti pasukan lain yang mempunyai aspirasi untuk memenangi kejuaraan, tetapi kami telah membina momentum dalam masa sebulan lalu.
“Empat perlawanan terakhir ini adalah sangat penting bagi pasukan kami, bukan hanya menang dan kalah, tetapi juga dari segi keserasian antara pemain. Kami perlu terus membangun apa yang telah kami bina dalam masa sebulan lalu. Kami akan lihat apa yang terjadi nanti.”
Davis menjaringkan 27 mata dalam separuh masa pertama dalam penampilan pertamanya sejak mencatat 55 mata ketika melawan Washington Wizards pada 4 Disember lalu dan yang ketiga dalam musim ini.
“Kami sentiasa berkata kami ingin menjadi semakin kuat dan bermain bola keranjang terbaik kami pada masa sesuai,” kata jurulatih Lakers, Darvin Ham. “Masa pastinya sesuai dan semua pemain berada dalam rentak yang bagus, bermula dengan Anthony Davis. Dia memahami apa yang kami perlukan dan berusaha keras untuk melakukannya.” – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P23-3-Lakers_05042023.jpg)