Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laksana langkah-langkah tambahan sokong ekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Tidak dapat dinafikan bahawa wabak COVID-19 telah menyebabkan ekonomi negara turut terkesan, sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Darussalam Enterprise (DARe) telah membuat penilaian lanjut mengenai situasi perniagaan dan pasaran kerja (labor market).

    Hasil daripada perundingan dan penilaian itu, MOFE sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun mengurniakan titah perkenan bagi melaksanakan beberapa langkah tambahan yang memberikan keutamaan kepada tiga objektif.

    “Objektif pertama adalah untuk mendukung sektor swasta yang terkesan disebabkan wabak COVID-19, objektif kedua adalah untuk terus menjana pekerjaan dan objektif ketiga adalah bagi menjaga kestabilan pekerjaan (job security) bagi melindungi kesejahteraan pekerja anak tempatan khususnya di sektor swasta di Negara Brunei Darussalam,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa bagi mendukung inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) khususnya upskilling dan reskilling bagi anak tempatan ke arah mendukung pertumbuhan sektor swasta, beliau menerangkan bahawa pada masa ini, memandangkan aktiviti-aktiviti perniagaan adalah terjejas akibat wabak COVID-19, syarikat-syarikat dipelawa untuk mengambil peluang bagi meningkatkan kemahiran termasuk upskilling atau reskilling pekerja yang terdiri daripada anak-anak tempatan.

    Ke arah itu, MPEC telah menyediakan latihan-latihan tertentu seperti latihan dalam talian (online training) dan juga hands on training, sama ada latihan berkenaan adalah berupa keperluan masa kini atau sebagai langkah untuk meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew memberi penjelasan semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, baru-baru ini.

    “Ini termasuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembekal teknologi maklumat (IT) bagi menyediakan program-program seperti programming, data analytic dan sebagainya yang akan membantu negara ini menuju ke arah Industrial Revolution 4.0, menyediakan latihan seperti reskilling dan upskilling kepada tour guides tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan menyediakan latihan-latihan untuk mereka yang berminat dalam sektor pemakanan dan minuman (food and beverages).”

    Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang berminat untuk mendapatkan kemudahan berkenaan, menghadapkan permohonan kepada pihak Sekretariat Tetap MPEC, JPM melalui e-mel mpec@jpm.gov.bn.

    Dalam pada itu juga, beliau memaklumkan bahawa pihak DARe telah meningkatkan peruntukan dalam menyediakan latihan Industry Business Academy secara dalam talian yang ditaja sepenuhnya oleh DARe bermula 28 Mac melalui Coursera yang boleh dilayari melalui laman sesawang www.dare.gov.bn.

    Coursera adalah satu platform yang dikendalikan oleh pakar-pakar perniagaan antarabangsa yang juga mengendalikan kursus di universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.

    Platform itu menyediakan lebih 300 kursus yang berkaitan dengan hal ehwal perniagaan seperti pemasaran dan penjualan, kewangan dan perakaunan, inovasi dan rekaan serta analisis data.

    Mengenai bantuan untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), beliau menerangkan bahawa PMKS dapat menyertai platform e-dagang bagi business matching yang lebih berkesan.

    Beliau menjelaskan bahawa platform berkenaan akan mula dibukakan kepada para peniaga bermula 1 April nanti yang boleh dilayari melalui laman sesawang, www.dare.gov.bn dan www.aiti.gov.bn.

    Platform itu bertujuan untuk memberikan alternatif kepada para peniaga untuk memasarkan barangan mereka secara dalam talian, termasuk pembayaran secara online dan pembekal logistik bagi penghantaran barang-barang yang berkenaan.

    Dalam hubungan itu, para peniaga bolehlah menghubungi melalui e-mel info@dare.gov.bn atau melalui talian 8363442 (semasa waktu bekerja) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

    Perkara tiga yang diumumkan oleh Yang Berhormat Dato ialah menyediakan Co-Matching Grant bagi perniagaan perkhidmatan e-dagang dan perkhidmatan logistik.

    Pihak DARe juga akan meningkatkan jumlah bantuan berkenaan bagi memperluaskan lagi usaha untuk melaksanakan inisiatif Co-Matching Grant.

    Perkara itu adalah bagi membantu para peniaga untuk menambah baik dan mempersiapkan diri dalam menghadapi situasi pada masa kini dan akan datang.

    Yang Berhormat Dato mengumumkan bahawa perkara keempat ialah memberikan subsidi pembayaran gaji sebanyak 25 peratus kepada pekerja tempatan bagi PMKS yang mempunyai seramai 100 orang pekerja dan ke bawah, selama tiga bulan.

    Beliau menambah bahawa pemberian subsidi itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kepada PMKS khususnya kepada pekerja-pekerja tempatan yang menerima gaji pokok bulanan sebanyak $1,500 dan ke bawah serta mencarum dengan Tabung Amanah Pekerja (TAP).

    Selaras dengan objektif kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini, dipohonkan kerjasama kepada syarikat-syarikat untuk menghadapkan borang permohonan yang telah lengkap diisikan melalui e-mel kepada payments@tap.com.bn di mana borang berkenaan boleh di muat turun melalui laman sesawang, www.tap.com.bn bermula 1 April nanti.

    Perkara kelima ialah peniadaan sewa bangku bagi tamu, pasar dan gerai yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bagi tempoh enam bulan bermula Mac 2020, yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan kepada pengusaha-pengusaha yang berkenaan.

    Yang Berhormat Dato turut mengumumkan lanjutan Program Perantisan I-Ready ke peringkat Diploma Level 5 (HND atau Advanced Diploma) dan Technical and Vocational Education Training (TVET).

    “Pada masa ini, program perantisan i-Ready hanya dibukakan kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, program ini adalah dilaratkan kepada dua peringkat tambahan lagi iaitu peringkat Diploma menurut Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF) Level 5 (HND atau Advanced Diploma) atau sebanding dengannya dan peringkat TVET, BDQF level 2 hingga 4,” jelasnya.

    Program perantisan bagi ketiga-tiga peringkat pendidikan itu adalah untuk tempoh selama 18 bulan sahaja berbanding dengan 36 bulan sebagaimana yang berjalan pada masa ini.

    Dengan perubahan itu, ia akan membuka banyak peluang kepada anak-anak tempatan yang berkelayakan untuk mengikuti program-program yang dimaksudkan, jelasnya lagi.

    Dalam pada itu, semasa mereka menjalani program berkenaan, kerajaan akan membiayai elaun perantis bagi tempoh 18 bulan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu $800 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (sebagaimana jumlah yang diterima pada masa ini), $600 sebulan bagi Diploma (Level 5) dan $400 sebulan bagi TVET.

    Selain daripada itu, pihak kerajaan juga akan membiayai caruman TAP dan SCP bagi pihak syarikat-syarikat yang berkenaan.

    Seterusnya, syarikat-syarikat swasta yang berhasrat untuk mengikuti Program Perantisan i-Ready bagi ketiga-tiga peringkat pendidikan berkenaan dikehendaki untuk membiayai top up dengan kadar minimum yang telah ditetapkan iaitu $400 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda dan ke atas, $300 sebulan bagi Diploma (Level 5) dan bagi TVET bermula bulan ke-11 tempoh perantisan di syarikat berkenaan.

    Di samping itu, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa penaikan taraf portal Job Centre Brunei (JCB) dihasratkan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengisian jawatan-jawatan yang diiklankan.

    Beliau menjelaskan lanjut bahawa JCB akan mempunyai beberapa fungsi baharu seperti Job Matching (pemadanan jawatan) untuk pencari kerja tempatan secara automatik di mana mereka boleh menerima notifikasi mengenai jawatan-jawatan baharu yang diiklankan mengikut kesesuaian dan minat pencari kerja tempatan itu.

    Pencari kerja tempatan akan menerima status permohonan mereka secara masa sebenar (real time), di mana mereka bolehlah membuat susulan kepada pihak syarikat, menyediakan laporan mengenai keserasian pencari kerja tempatan berasaskan kriteria-kriteria jawatan berkenaan di mana perkara ini adalah dilaksanakan secara automatik dengan menggunakan algoritma dan probability scanning yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta serta syarikat boleh mendapatkan maklumat talent profile yang lebih komprehensif.

    Semua kemudahan yang disediakan melalui portal itu tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan para syarikat serta pencari kerja tempatan yang belum berdaftar dengan JCB disarankan untuk berbuat demikian melalui laman sesawang www.jobcentrebrunei.gov.bn.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menyatakan bahawa MPEC akan terus bekerjasama dengan pihak syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai unjuran keperluan tenaga manusia.

    Ia adalah khusus bagi jenis perniagaan yang dikenal pasti akan memerlukan penambahan tenaga kerja seperti perniagaan e-dagangatau berunsurkan atas talian (online), keselamatan (security services), cleaning services, pembuatan (manufacturing) dan penghantaran (delivery).

    Pihak JCB akan membantu dalam memudah cara pengisian mana-mana keperluan tenaga manusia dengan menyediakan perkhidmatan seperti penghantaran SMS kepada pencari-pencari kerja tempatan, menyediakan talent pool untuk kegunaan syarikat-syarikat serta mengadakan platform temu duga secara maya.

    Hasil daripada usaha itu beberapa buah syarikat telah menunjukkan minat untuk memberikan pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

    Untuk keterangan lanjut, para syarikat dan pencari kerja tempatan yang berminat bolehlah menghubungi pihak JCB di talian 8239933, e-mel Jobcentrebrunei@jpm.gov.bn, laman sesawang www.jobcentrebrunei.gov.bn.

    Beliau menyatakan bahawa inisiatif-inisiatif yang dinyatakan itu, kecuali inisiatif kelima iaitu peniadaan sewa bangku bagi tamu, pasar dan gerai yang disediakan oleh KHEDN akan mula dilaksanakan pada 1 April.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/