Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan penilaian mental dijalankan terhadap seorang lelaki tempatan yang didakwa telah melakukan khianat.
Kes tersebut dikaitkan dengan video yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad ter-hadap Cheong Foo Keong, berusia 51 tahun, di mana dia telah melontarkan batu ke jendela kereta yang mengakibatkan kerosakan pada jam 10:35 pagi 25 November di sepanjang Jalan Kianggeh.
Pihak pendakwaan mempunyai alasan untuk meragui kesihatan mental tertuduh dan memohon supaya penilaian dijalankan terhadapnya.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim yang bersetuju dengan pihak pendakwaan telah memerintahkan Unit Kesihatan Mental bagi membantu melakukan penilaian terhadap tertuduh dan menangguhkan kes sehingga 7 Disember 2020 depan.